Umum

pawn shop singapore

Q1 | Apakah jenis-jenis pinjaman yang anda tawarkan?

Kami menawarkan pilihan pinjaman bercagar dan tidak bercagar.

Kebanyakan pinjaman bercagar kami terdiri daripada pinjaman gadai janji, yang merupakan pinjaman jangka pendek yang dijamin oleh hartanah. Sebagai pemberi pinjaman, kami akan mengurus gadai janji sah yang pertama ke atas hartanah tersebut. Peminjam kemudian boleh memilih untuk membiayai semula hartanah dengan pembiayaan biasa jangka panjang atau untuk menjual hartanah tersebut untuk membayar pinjaman bercagar.

Q2 | Bagaimanakah pinjaman gadai janji anda berbeza daripada yang ditawarkan oleh bank-bank?

Pembiaya alternatif seperti kami boleh meluluskan dan membiayai sebuah pinjaman dengan lebih cepat berbanding bank dan tidak memerlukan dokumentasi yang banyak. Kelulusan dan pembiayaan dari kami boleh disiapkan dalam masa satu atau dua minggu. Pinjaman dari bank akan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 hingga 45 hari.

Kami, terutamanya,prihatin dengan nilai hartanah yang akan menjadi cagaran untuk pinjaman dan nisbah pinjaman kepada nilai( “LTV”), manakala bank-bank tertumpu kepada penarafan kredit dan pendapatanpeminjam.

Q3 | Apakah beberapa faedahdalam mendapatkan pinjaman dari anda?

  • Proses permohonannya adalah cepat dan mudah.
  • Pinjaman boleh dikeluarkan dengan amat cepat, biasanya dalam masa 14 hari bekerja (untuk hartanah yang tidak bermasalah).
  • Pembeli masih boleh mendapatkan pembiayaan bercagar daripada kami walaupun jika mereka menghadapi isu-isu seperti skor kredit yang rendah, sejarah pendapatan yang tidak mencukupi, jualansingkat tanpa keuntungan atau penyitaan hartanah malah mempunyai sejarah muflis baru-baru ini.

Q4 | Mengapakah peminjam memilih VM Kredit?

  • Peminjam tidak mahu melalui proses permohonan yang panjang di bank.
  • Bank telah pun menolak permohonan peminjam untuk mendapatkan pinjaman.
  • Peminjam memerlukan pembiayaan dengan cepat.
  • Peminjam mempunyai masalah dengan kredit, pendapatan, jualansingkat tanpa keuntungan atau rampasan/penyitaan hartanah malah mempunyai sejarah muflis baru-baru ini.

Q5 | Apakah kelemahannya?

  • Kadar faedah pada pinjaman yang diambil daripada pembiaya alternative biasanya adalah lebih tinggi daripada pinjaman bank biasa.
  • Kemudahan pembiayaan bercagar kami biasanya adalah untuk kegunaan jangka pendek sahaja.

Q6 | Bagaimanakah seseorang boleh mendapatkan pinjaman dari anda?

Selepas menghubungi kami, bakal peminjam mesti melengkapkan permohonan pinjaman dan menyediakan maklumat peribadi mereka serta maklumat mengenai hartanahyang dimaksudkan. Kami akan menyemak maklumat ini dengan segera dan menentukan jika pinjaman itu boleh dilaksanakan.

Status kredit peminjam mempunyai beberapa kepentingan tetapi faktor yang paling penting adalah nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) berdasarkan hartanah yang akan dicagarkan kepada kami. Hartanah tersebut kemudiannya akan dinilai oleh seorang penilai bebas. Setelah ini selesai, kami akanterus melaksanakan pemprosesan pinjaman dan pembiayaan boleh dikeluarkan dalam masa beberapa hari, sejurus setelah kertas kerja yang diperlukan disiapkan oleh peguam.

Q7 | Apa akan berlaku jika saya tidak dapat melaksanakan kewajipan membayar pinjaman saya?

Apabila peminjam terlepasbayaran pinjaman bercagar, mereka menghadapi risiko rampasan/penyitaan dan kehilangan hartanahyang mereka gunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman itu. Rampasan/penyitaan hartanah bukan satu tindakan yang kami kehendaki, kerana kami lebih suka memilih untuk dibayar balik baki pinjaman sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Apabila peminjam mula terlepas pembayaran, kami akan mendekati mereka dan cuba untuk mendapatkan penyelesaian yang saling boleh diterima. Rampasan/penyitaan adalah pilihan yang terakhir.

Q8 | Bagaimanakah anda dikawal selia?

Kami beroperasi di bawah kaedah dan peraturan Akta Pemberi Pinjaman Singapura.

Q9 | Berapa lamakah tempoh sehingga dapat menerima pinjaman daripada anda?

Pinjaman kami boleh dikeluarkan dalam masa dua minggu. Ini adalah satu faedah besar dalam menggunakan pembiaya alternatif seperti kami kerana bank akan mengambil masa 30 hari atau lebih untuk membiayai permohonan pinjaman yang sama.

Q10 | Mengapakah faedah pinjaman anda lebih tinggi berbanding pinjaman dari bank?

Bank memegang wang yang diperolehi dari para pemegang akaun simpanannyadan membayar kadar faedah yang amat rendah. Oleh itu, bank mampu untuk meminjamkan wang dengan mengenakan kadar faedah yang lebih rendah.Kami memperolehi dana daripada pelabur swasta (atau kami membiayai pinjaman itu sendiri) yang menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi disebabkan risiko yang lebih tinggi yang diambil oleh pemberi pinjaman.

Q11 | Masihkah saya boleh mendapatkan pinjaman bercagar sekiranya saya mempunyai sejarah kredit yang lemah?

Tidak seperti bank atau institusi kewangan biasa yang lain, kami tidak begitu khuatir tentang status kredit peminjam dan skor Biro Kredit (CBS). Kami lebih tertumpu kepada nilai hartanahyang sedang dibeli atau dibiaya semula itu. Skor kredit, semata-mata, tidak seharusnya mencegah seorang peminjam yang mempunyai kredit yang lemah daripada mendapatkan pinjaman dari kami.

Q12 | Adakah pinjaman anda disertakandengan tempoh

Kemudahan pinjaman bercagar kami mungkin atau mungkin tidak mempunyai penalti pra-pembayaran bergantung kepada senario pinjaman tertentu. Ia memang satu amalan berhemat untuk menyemak dengan kami terlebih dahulu mengenai penalti pra-pembayaran, jika ada, ketika membuat pertanyaan awal.

Jadual berikut meringkaskan perbezaan utama dari segi ciri-ciri pinjaman gadai janji antara bank biasa dan kami.

  Bank VM Kredit
Dasar kelulusanpinjaman Pendapatan, skor kredit, sejarah kredit, dsb. Nilai Hartanah
Kadar kreditminimum BB Guna kadar kredit sebagai rujukan sahaja
Dokumentasi Ketara Minimal
Jenis-jenis Hartanah Kediaman dan komersial biasa (bergantung kepada perdagangan) Semua kecualihartanah HDB dan JTC
Tempoh Pinjaman & Struktur Bayaran Balik Ketat Fleksibel
Proses Kelulusan Beberapa minggu Dalam masa 2 minggu
Pengeluaran Pinjaman 3 bulan dari kelulusan Dalam masa 2 minggudari kelulusan