Kisah Jenama

ValueMax adalah satu rangkaian pajak gadai yang telah tekun berkhidmat kepada masyarakat di Singapura selama hampir tiga dekad. Ditubuhkan pada tahun 1988, ValueMax telah memantapkan diri untuk menjadi syarikat pajak gadai no. 1, dan dengan kedai di merata negara, ia telah beransur-ansur memperolehi gelaran Pilihan Ramai untuk pajak gadai, pinjaman, dan penyelesaian lain yang berkaitan.

Kepakaran dan kedudukan kewangan kami yang kukuh telah meletakkan kami di tampuk peneraju mendahului syarikat pajak gadai lain di Singapura. Perkhidmatan kami memastikan anda menerima penilaian terbaik untuk barang-barang berharga anda di pasaran, sambil menawarkan anda pelbagai pilihan lain untuk membeli, menjual dan memperdagang.

Latarbelakang yang mantap

Sebagai peneraju dalam sektor pajak gadai di Singapura, ValueMax merupakan syarikat pajak gadai yang pertama dan satu-satunya yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Singapura.

Pihak pengurusan kami sangat berpengalaman dalam komuniti perniagaan, dan sama ada anda menggadai, menjual atau membeli dengan kami, ValueMax berkedudukan baik untuk memberikan anda nilai yang dipercayai.

Pengiktirafan

Kepercayaan yang telah kami bina selama ini telah membolehkan ValueMax meraih beberapa penghargaan besar. Pada tahun 2010, ValueMax telah menerima Anugerah Enterprise 50, serta AnugerahJenamaBerprestij Singapura dalam kategori Jenama Mantap. Kami juga merupakan syarikat pajak gadai pertama yang telah diiktiraf oleh CaseTrust di Singapura.

Rangkaian di merata negara

Salah satu perkara yang membuat ValueMax menjadi pilihan masyarakat adalah lokasi yang mudah bagi kebanyakkan kedai pajak gadai kami. Selain daripada menggadai, membeli dan menjual, anda juga boleh memperbaharui barangan yang anda digadaikan di mana-mana cawangan ValueMax di merata negara.

Dengan perkhidmatan tambahan penilaian dalam talian, anda tidak perlu datang ke kedai kami untuk mendapatkan anggaran awal bagi nilai barangan anda.

Bersempena dengan perkhidmatan pajak gadai kami, kami juga menjual secara runcit baru dan terpakai pada nilai yang hebat, dan kami juga memberikan perkhidmatan eksklusif yang disesuaikan dengan keperluan anda di Kedai Utama ValueMax Premierkami.

Anak syarikat kami, VM Kredit juga menyediakan penyelesaian pinjaman untuk pelbagai keperluan kewangan anda.

ValueMax Stores Location Map